Friday, January 17, 2014

Cinta atau Dusta?

Heart break... Might be the second worst nightmare after obtaining bad results, especially for girls.

Love. What does love really mean? Semua orang ada persepsi tersendiri tentangnya. Bagi aku, cinta itu adalah apabila seseorang itu ambil berat tentang orang yang dicintainya, walau apa pun yang berlaku. Contohnya, cinta kepada Allah dan ibu bapa. Tak kira betapa teruknya seseorang itu, kita tetap dapat menerimanya. 

Apa pula yang dimaksudkan dengan keikhlasan? Bagi aku, keikhlasan itu adalah apabila seseorang itu merelakan apa yang dia lakukan, tanpa mengharapkan apa apa balasan. Jika seseorang itu ikhlas meminta maaf contohnya, dia tidak akan minta orang tersebut untuk membalas perbuatannya dengan sesuatu.

Like what my bestie said, pain changes people. And it really does.  Kadang kala, rasa sakit itu perlu supaya kita dapat menjadi lebih kuat dan tabah pada masa hadapan.  Setiap luka yang ada umpama satu sinar harapan yang baru dan satu semangat yang utuh. Kian kesakitkan itu bertambah, kian kekuatan menggunung. Jika kita fikir tiada siapa yang akan menjaga hati kita setelah perginya seseorang itu daripada hidup kita, ingatlah bahawa Allah sentiasa menjaga hati kita. Malaikat juga sentiasa ada di samping kita.

 Nasihat aku tak payah la nak membalas perbuatan buruk seseorang itu dengan apa cara sekali pun. Isi lah kekosongan itu dengan sesuatu yang mampu merawat hati seperti berzikir kepada Allah, membaca buku, tengok TV atau paling tidak, WhatsApp je lah dengan kawan kawan tu !

Tiada gunanya memikirkan tentang orang orang yang langsung tidak memikirkan soal hati dan perasaan kita. Kononnya cinta, padahal dusta.

La Tahzan wahai saudara saudari Islam ku. Assalamualaikum

Love,
Fiffy

2 comments: