Wednesday, July 31, 2013

Counting days to Syawal

Assalamualaikum wbt. and hey peepsters!

Okay the intro might sound cheerful and all but honestly I'm not THAT happy. I'm actually having a fever, sore throat and even migraine two days ago. I didn't go to school since Monday (Today's Wednesday) and I'm starting to miss my friends.

Anyway, tinggal beberapa hari je lagi kita nak masuk bulan Syawal and you sure know what that means right? If a few years back jalan-jalan kampung dibanjiri dengan sorakan raya, mercun dan budak-budak, nowadays, timeline Twitter dan Facebook la yang akan dibanjiri dengan kad raya virtual, mercun virtual dan para remaja yang malas nak keluar rumah. Lepas raya pulak, penuh sesak la Facebook dengan gambar-gambar raya. Macam-macam posing, macam-macam warna baju raya semua ada... (serabut jugak aku tengok kengkadang)

Tahun ni maybe I'll be celebrating raya at my father's hometown in Terengganu. Oiseh.. dengar Terengganu je dah terbayang segala jalan raya yang memeningkan kepala dan perjalanan yang lama gila (boleh mencecah 9 jam) Tapi bila dah sampai tu lega la. Yang best nya, lepas raya kitorang akan selalu lepak dekat pantai. Makan keropok lekor la, coconut shake la, ais jagung special la.. Adeh terliur pulak rasa bulan-bulan puasa ni. Pastu kalau malam-malam pun kitorang suka lepak. I like to go out with my dad tapi selalunya youngsters sebaya aku akan lepak sekali dekat tempat-tempat macam Mc Donald's ke apa. Best jugak kalau keluar dengan my cousins yang gila-gila tu. Haha. Tapi yang menyedihkan aku la yang paling muda antara diorang.. Huu..

Tapi  yang akan menserabutkan kepala otak, tahun ni balik raya 14 HARI!!! Walao eh. Apa la aku nak buat sampai lama gila macam tu. Mesti nak ending-ending tu boring sikit. I hope ada wifi or any Internet connection so bolehla ber-Facebook/Twitter/Skype dengan kengkawan.

OK la. Demam ni pun tak berapa nak baik lagi. Sakit tekak ni pulak menjadi-jadi. Update blog ni pun sebab dah boring sangat kat rumah sengsorang. BTW, teringin jugak nak tahu baju raya orang lain warna apa. So kalau sudi, share lah dengan aku. Comment below ;)

Ramadhan Love,
Fiffy


Friday, July 26, 2013

Diari Ramadhan Fiffy

Title tu kenal tak macam title apa? Haha. Bagi bebudak sekarang maybe diorang tak tau tu title apa tapi it's actually tajuk satu cerita series ni "Diari Ramadhan Rafique" It's a story about a "mat-salleh" boy who had to live with his Malay mother in Malaysia throughout the month of Ramadhan until Raya. Haha. Memang boleh tahan best la cerita dia sebab dapat tengok anak mat-salleh try cakap Melayu, tahan puasa and all.

Oh ye... And speaking of "anak mat-salleh" recently dekat some schools nearby ada dapat foreign exchange students. They're from Germany and France. Kebetulan pulak sekolah yang dapat exchange students tu sekolah mak Husna mengajar. My BFF tu cakap diorang pandai "seludup warga asing" LOL! Haha. Tapi untunglah sekolah tu dapat and there's also another school...kot. Entahlah maklumat kurang sahih. BTW there's one of my senior yang tanya, kenapa sekolah kita tak dapat exchange students hah? XD Hahahaha. I was laughing jugak la sebab memang obvious sangat sekolah kitorang TAKKAN DAPAT golden opportunities macam tu.. Haha (Dear Jia Xuan, unfortunately our school didn't even try to join the program. What can we do?) Haha. Hanya gurauan semata-mata nah..

Yang bestnya, one of my friends ada cakap yang one of the students dapat "host family" MELAYU! Lepas tu.. dia terpaksa puasa! XD hahahaha. Kesian la mamat/minah tu. Takpe la. Semoga Allah turunkan hidayah dekat beliau :) Aku dekat sini hanya mampu bagi kata-kata semangat je la dekat insan tersebut... melalui hati! (tak pernah jumpa diorang pun. Nak bersembang apatah lagi)

Kalau tidak mak Husna ditawarkan peluang untuk ambik anak angkat sorang. Tapi dengan syarat seorang anak dia kena pegi overseas la. "Anak" yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan HUSNA lah! LOL. Husna cakap kalau dia accet dia kena pergi Scotland setahun. Tapi entah kenapa dia tak nak pulak. Bajet baik pulak si Husna ni.. PEGI JE LAH!!! XD haha. Takpe la Husna oi...ko teman la aku dekat Malaysia ni. Ika dah la ada kat UK.

Oh yep.. And one more great news for me is.. My other BFF Ika is coming home to Malaysia in a month!! ONE MONTH... Yeay!! Lepas ni nak kena hasut Ika untuk masuk kelas Bestari sama dengan aku...memandangkan Paiz hanya melayan AMOI-nya -.- BTW, kesian dekat Ika sebab kena puasa lama gila dekat sana. 18 jam, katanya.. (entah boleh percaya ke dak ni) Haha. Takpe la.. Balik Malaysia nanti jangan lupa beli apa-apa dekat aku nah? Husna sekali.. Haha. (Dah janji nak belanja diorang 2 ekor ni masa Ika balik nanti ) :)

Ok la. I gotta get ready now cuz lepas ni nak gerak pegi Penang. Gurney rasanya. Malam ni bukak puasa dekat Hotel! Sahur sekali.. YEAY! Kalau tergerak qalbu ni, aku update lah pasal iftar tu nanti. OK bye

Love,
Fiffy

Friday, July 19, 2013

The awful accident.

Assalamualaikum and Hi. Post kali ni nak cakap bahasa kebangsaan Malaysia pulak iaitu Bahasa Melayu. LOL haha

Mata aku agak bengkak. Tapi jangan salah faham. Bukannya nangis ke apa, it's actually cuz aku stay up study Physics sikit last  night. Maklumlah dah ada Ujian Penilaian 2 minggu depan. Actually, tu bukan sebab aku update blog. Sebenarnya one of my friend recently terlibat dengan accident. So sebab tu la kawan-kawan aku yang baik lagi "caring" ni tuduh aku menangis sebab hal tu. Haha. Honestly saying I was sad lah. I mean seriously.. accident dengan lori ! Mana tak ngeri kan? Dania, one of my bestie, siap nangis lagi...

Actually the person who was involved dengan accident ni ada kaitan dengan my last blog. Alright... If you guys nak gelarkan dia crush aku ke apa, aku tak kisah la. The important thing is I know how I feel. Sengaja tak nak cerita macam mana boleh accident and everything. (Kalau nak tau tanyalah. haha) Tapi yang kesiannya, his head was quite swollen. Siap kena scan and everything. Minor scratches on his leg and face. Memang lepas accident ambulance terpaksa bawak dia pergi hospital terus. He was involved in a few accidents before so his mom cakap kalau dia involve dengan accident lagi lepas ni, MASUK HOSPITAL KERAJAAN! And so nasib dia tak berapa baik sebab terpaksa admit dekat government hospital. Haha. Sabar ye!

So hari ni lepas sekolah, kitorang (me, Dania, Prishanth & Umi) pergi la ziarah dia dekat hospital. Kesian sangat tengok dia...HONEST! Kitorang pun sembang sembang je la and try to buat lawak sikit so that it might cheer him up :) Moments after that mak dengan kakak dia datang. To be honest, aku takut sikit dengan kakak dia, since darjah 6 lagi. Jangan tanya la kenapa. Haha. Tapi Dania memang nampak "kamceng" la dengan beliau. So mak dia pun cerita la apa yang jadi.

So dalam 2.30 macam tu (rasanya), kitorang pun balik dengan kakak Umi. Itu je la yang jadi. Not much.


Tapi honestly, kitorang semua, as friends, missed him a lot. And kepada "yang berkenaan", tolong la pakai helmet kalau nak bawak motor tu. Tapi lagi important, pergi la ambik lesen dulu sebelum nak naik motor tu. Kan lebih "AFDAL" haha.

OK la. Assalamualaikum.

Love,
Fiffy