Friday, February 7, 2014

Rise of the Homework

" Holidays are coming ! Yeay !"
 SAID NO SPM STUDENT EVER !

IDK why this muffin is here. I'm starving


I don't know whether this thing happens to only SPM candidates or every single student. What issue am I talking about? HOMEWORK!

Aku ingat kan aku sorang je rasa macam homework menggunung and tak habis habis. But it seems that my friends are facing this disaster too. Every time I scroll along my Facebook or Twitter timeline, there will always be AT LEAST ONE person who will be mumbling about homework. Dan sesungguhnya aku setuju dengan segala pernyataan yang dinyatakan (Amboi ayat buku teks gitu..)

Homework ni macam tak pernah nak habis. Cuti seminggu je tapi homework macam diberi cuti 12 minggu. "Memang cukup pun masa nak habiskan semua tu dalam masa seminggu" (AYAT PERLI) But maybe my friends and I deserve all this because we're SPM candidates after all and 2013 has been a longgggg greaaaat honeymoon year for us. Dan tak cukup lagi dengan stress homework, aku ditambah dengan "personal problems" Relationship problems are the worst. Dengan ada junior yang nak jadi adik angkat aku la apa la. Tapi aku dah malas dan cuak untuk fikir pasal tu. Suka hati la nak jadi apa pun. 

On top of that, kerja-kerja pengawas pun ada banyak, bagi menambahkan stress aku! Oh and BTDubs, I'm officially a Timbalan Ketua Pengawas in my school. Yeps. I'm not the Head Prefect. Lagipun aku malas nak kena handle SEGALA benda berkaitan pengawas. Biarlah <insert> yang buat semua bagi dia tau rasa. (Hang nak sangat kan?) Hahaha.

So to sum up, there's a lotttt of work to do these days. Ni tak campur stress Debate lagi. My schedule's gonna be EXTRA MEGA packed in March. But it's okay because so far I can handle it. (Although sometimes I feel like hanging myself) I'm doing all this for Taylor's University and the damn SPC (Skim Pelajar Cemerlang) anyway. 

Okay I got a lot to do. Gotta ciao. Bye
Assalamualaikum

Love,
Fiffy





Friday, January 17, 2014

Cinta atau Dusta?

Heart break... Might be the second worst nightmare after obtaining bad results, especially for girls.

Love. What does love really mean? Semua orang ada persepsi tersendiri tentangnya. Bagi aku, cinta itu adalah apabila seseorang itu ambil berat tentang orang yang dicintainya, walau apa pun yang berlaku. Contohnya, cinta kepada Allah dan ibu bapa. Tak kira betapa teruknya seseorang itu, kita tetap dapat menerimanya. 

Apa pula yang dimaksudkan dengan keikhlasan? Bagi aku, keikhlasan itu adalah apabila seseorang itu merelakan apa yang dia lakukan, tanpa mengharapkan apa apa balasan. Jika seseorang itu ikhlas meminta maaf contohnya, dia tidak akan minta orang tersebut untuk membalas perbuatannya dengan sesuatu.

Like what my bestie said, pain changes people. And it really does.  Kadang kala, rasa sakit itu perlu supaya kita dapat menjadi lebih kuat dan tabah pada masa hadapan.  Setiap luka yang ada umpama satu sinar harapan yang baru dan satu semangat yang utuh. Kian kesakitkan itu bertambah, kian kekuatan menggunung. Jika kita fikir tiada siapa yang akan menjaga hati kita setelah perginya seseorang itu daripada hidup kita, ingatlah bahawa Allah sentiasa menjaga hati kita. Malaikat juga sentiasa ada di samping kita.

 Nasihat aku tak payah la nak membalas perbuatan buruk seseorang itu dengan apa cara sekali pun. Isi lah kekosongan itu dengan sesuatu yang mampu merawat hati seperti berzikir kepada Allah, membaca buku, tengok TV atau paling tidak, WhatsApp je lah dengan kawan kawan tu !

Tiada gunanya memikirkan tentang orang orang yang langsung tidak memikirkan soal hati dan perasaan kita. Kononnya cinta, padahal dusta.

La Tahzan wahai saudara saudari Islam ku. Assalamualaikum

Love,
Fiffy

Wednesday, January 1, 2014

Page 1 of 365

Assalamualaikum and hi.


Well, as you all know, 2013 has just ended and know it's time for 2014 to roll in. I'm quite disappointed cuz semalam tak sempat nak sambung the post page 365 of 365 part 2. But since I have some free time now, so saya nak tulis je la ape-ape yang patut.

New Year's resolution? Simple. Actually I just have one goal this year. That's is so get an acceptance letter to Taylor's University (scholarship provided) Tapi nak laksanakan impian yang satu tu je pun bukan senang. Of course la kena struggle gila-gila in ALL the exams especially SPM this year. Memang tak boleh main main langsung. Facebook pun nak kena deactivate lepas ni. Twitter? Hmm tengok dulu la. Hehe.

Banyak benda sebenarnya yang nak kena accomplish atau ubah dalam tahun 2014. First of all, sikap malas dan suka tangguh ni. Or mostly known as "procrastination" . Tabiat ni bukan aku je yang ada, mesti ramai juga orang dekat luar sana yang ada kan? HAMPA JANGAN NAK MENIPU AKU LA ! haha

One good news to start off this great year is that aku dapat tempat duduk depan sekali (yes depan depan whiteboard) which happens to be Syabas' favourite seat. Tapi memang aku tak kasi chance. Aku tahu aku nak berubah dan aku nak fokus 110% kalau boleh, InsyaAllah. 

Co-curriculum involvements? I'm just gonna stick with my parents' punya nasihat iaitu join English Debate team je tahun ni. Sadly aku kena retire from public speaking. HUHU *nangis* Tbh, public speaking memang best. Kalau ada adik adik yang nak try Public speaking tu, dipersilakan la. Memang tengah cari pelapis pun. Tak perlu jadi orang yang "terer" English sangat pun. Grammar aku sendiri pun lintang pukang ! All you need is practice and confidence. InsyaAllah boleh punya. btw, kalau ada sesisapa yang nak minta tunjuk ajar atau tips in Public Speaking ni, boleh la tanya kakak ni ye?  Hahaha. Pengalaman : 3 years in Public Speaking and district champion for Public Speaking 3 years in a row (hehe. Bangga jap)

Other activities? Hmm aku ingat nak "berjinak" dalam badminton tahun ni. Well not THAT active la tapi parents' aku cakap aku ada potential in badminton. (Boleh caye ke ni?) Tapi apa pun, cuba nasib dulu la dan tengok macam mana. Tak salah mencuba ye dik !

Ish banyak panjang pulak aku karang ni. Takpe la. I think I better stop here. Sebenarnya ada banyak juga benda nak kena buat ni. btw..

ESOK SEKOLAH !!! (Jangan panik bro...)

Love,
Fiffy

Monday, December 30, 2013

Page 365 of 365 (part 1)

Hey yaw!
I'm just gonna be honest and say that I'm gonna post a few entries for this day. Why? Cuz it's the end of 2013 baby !

So how's your 2013 so far? Mine pretty sucks. Tapi boleh katakan yang tahun 2013 ni thought me a lot about life. From budak PMR naik ke budak Form 4 memang berbeza. Bukan je sebab subjek kat sekolah dah bertambah tapi dalam banyak benda dah berubah. People just stopped treating you a like kid and they make you be responsible for what you did. Masa form 3 dulu boleh la cakap "Eh, bukan aku yang buat" But being a 16 year old girl, I've learnt that we have to take responsibility of what we did. I need to stay positive and face every challenge maturely. (Trust me, there's gonna be a whole lot of challenges when you're 16) I've learnt that it's ok if I fail but the main thing is to never give up. Cuz once you give up, orang lain akan pijak kepala kau. BELIEVE ME.

ok that's it for this mini post.
To be continued, some time, this day.

Love,
Fiffy :)

4 countries in 10 days baby !

Hey guys. It's been quite a long time since my last post. Was I busy? Heck yeah ! With all the final exams and stuff.

Let's just go straight to the point alright. Holidays were AWESOME this year! Some asked did I go to Paris and some says Netherlands and others say Belgium. Well I say... I went to all mentioned! Plus Germany..

I can't really "elaborate" on all of the places I've been to but perhaps I could spill some details. Well firstly my family and I went to visit Cologne (KOLN) in Germany. It was just a short trip but I think it's quite a peaceful area. Nope, we did not have a nap or sleep after the 13 hours flight. Penat tu penat jugak la tapi seronok punya pasal, tak ingat penat dah. LOL. My sisters and I were extremely thrilled sebab bila keluar airport je, rasa macam masuk dalam freezer. Sejuk ya amat! Jackets and coats? Of course la bro, it's like 5 degrees over there ! (Mine ada bulu bulu.. hehe)

Lepas shopping sikit sikit, kitorang straight pegi Amsterdam. I'm not exaggerating but Amsterdam is AWESOME !! Memang best gila sebab town dia macam peaceful je. Almost everyone uses bikes and bicycles as their transport. Kereta tu ada jugak la. Tapi diorang bawak basikal laju macam bawak motor. NO kidding. Shopping kat sana memang best. But I warn you if any of you're going there, kena pantau budak-budak sikit cuz there are quite a bunch of shops yang "inappropriate" for kids, ya know what I mean?

Stayed in Ramada Hotel, Amsterdam for 2 nights. Next stop, Belgium! Umm what can I say about Belgium eh? It was quite fascinating to see all those historical buildings and not to mention the famous Manneken Pis. (the shirtless boy) Kalau nak tau pasal the history pegi Google sendiri la, tak larat nak cerita. And not to forget, the well-known Belgium waffles ! Homagadd sedap gilos. It's around 4.5 Euros each and that's around RM20 ! Yep. Tapi memang berbaloi la sebab sedap...and you don't get to taste Belgium waffles in Malaysia everyday ! (Kalau bab makan aku memang terlebih excited. LOL)

Next, we went PARIS babyyy! Yeah.. the city of love or bla bla bla. The buildings are inexplicably breath-taking. Musee du Louvre, Arc de Triomphe, Notre Dame etc. Dan yang tak lain & tak bukan.... EIFFEL TOWER ! (tour de eiffel) I was fascinated by the beautiful buildings and all but my mom.... she got herself tied on something else. Her favorite spot = Galeries Lafayette. No no it's not a place where they exhibit art and stuff, it's like a really enormous and luxurious shopping spot. Louis Vuitton, Burberry, Long Champs, Gucci, YOU NAME IT !

And last but not least, a cruise along the city of Paris and the Eiffel Tower. Omagad it was damnnnn cold and I'm pretty sure my nose froze. LOL. It was indeed a very breath taking and beautiful scenery I've ever seen.There are couples hugging and cuddling in the cold and I was like "Errrrr.." Haha. But I enjoyed myself to the fullest :D

I've some problems in uploading the pics so maybe nanti la I upload gambar tu eh?
That's it for now. Bye guys :D

Love,
Fiffy

Monday, September 30, 2013

ALMOST year end

assalamualaikum.

today's date is September 30th 2013 which means we've been through 3/4 of 2013 already. oh god this year sure is tiring. well.. frankly exam's just around the corner and people will start asking their friends whether they have started the revision and studies or not. oh for god's sake.. kalau nak study to study je la if not then just sit down at home quietly! but typical students being students, kalau tengok atau dengar yang kawan sendiri dah mula study baru la nak terhegeh cari buku and everything.

what i am trying to do here is just stabilize my emotions and all.  tak nak ada terjerat in any immature dramas you know. everytime  before i start my revision, i'll always imagine that i'm about to sit for a qualification exam to get into Taylors University or Monash in Australia. i just want it so badly. same goes when my mood suddenly starting to fade or disappear in class. i'll just think that I'm gonna get the hell outta here soon and all i gotta do is just hang in there.

and not to forget, i seriously gotta pay attention to my health. memandangkan cuaca yang tak menentu sekarang ni, apa pun boleh jadi. apparently there are bunch of diseases that i might be caught up with. i also currently having a freakin sore throat and i really hate it. I'm automatically this quiet and shy, short girl in class during this unfavorable period. Oh god i hope i get well soon. Esok dah la ada Sejarah Paper 3. Entah apa pun tak ready lagi and lepas tu pulak my grandma boleh ajak pergi market. Hmm.. Takpe la pasrah je la.

Oh yeah. Hari ni Husna dengan Ika dua dua tak datang so that might be one of the reason why i'm pretty quiet in class today. Memang nak kena dua dua ekor tu. but then, it may seems  like Karma because last week i'm the one who was absent and left the both of them in school. I went to KL, enjoying myself for the last minute before exam starts. Haha. I guess it's their planned agenda eh?

anyways, i gotta get ready now because i have to accompany my grandma to the market now..YEAH NO KIDDING. the only reason i'm a little annoyed is because i should be having my beauty sleep now. But i don't wanna be an ungrateful grand-daughter.

Love,
Fiffy

Friday, August 30, 2013

Jangan abaikan dia

Assalamualaikum


Soalan aku kali ni. Wajar ke kalau sesorang tu tinggalkan kawan sendiri demi nak bersama dengan orang yang dia nak? Dan orang tu belum tentu dapat terima dia saat dia susah? Bagi aku pekara ni sangat tak masuk akal. Walaubagaimanapun, tak dinafikan memang ada orang yang macam ni.

Sebab? Aku sendiri pun sukar nak tahu. Adakah sebab kawannya tu berkelakuan buruk terhadap dia? Suka mengkhianat? Tidak. Aku tak rasa macam tu sama sekali. Pendapat jujur aku, orang yang tinggalkan kawannya sendiri tu adalah orang yang tiada pemikiran yang rasional. Bak kata orang, kawan biar beribu, berkasih biar satu. Tapi, dalam hal ni, lain pula yang jadi. Kasihnya masih satu, tapi kawan kawan yang lain dibiarkan.

Kalau ada yang tergolong dalam golongan ni, sila imbas kembali apa yang dah kawan kau buat selama ni. Dia banyak membantu kau tak? Dia terima kau masa susah kau tak? Dia pernah merendahkan kau depan orang lain tak? Kalau jawapan kau YA, tapi kau masih tak ubah perangai kau tu sikit, maka aku gelarkan kau sebagai insan yang tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Orang yang kononnya kau panggil kekasih tu, kau pastu ke dia boleh terima awak masa awak susah? Kau yakin ke dia boleh sentiasa bersama kau macam kawan baik kau tu? Boleh ke kau luah perasaan dekat dia apabila kau tengah sedih? Cuba letakkan diri kau di tempat kawan yang kau telah tinggalkan. Apa agaknya perasaan kau apabila kawan baik kau tinggalkan kau disebabkan orang yang digelar "buah hati'? Boleh kau maafkan kawan kau tu apabila dia datang merangkak balik kepada kau kelak? Memang sukar nak jawab soalan ni tapi kalau kau seorang yang berhati perut dan berperikemanusiaan, kau pasti dapat jawab tanpa ragu-ragu.




"Do not leave a person you need for a person you want"

Love,
Fiffy