Friday, August 30, 2013

Jangan abaikan dia

Assalamualaikum


Soalan aku kali ni. Wajar ke kalau sesorang tu tinggalkan kawan sendiri demi nak bersama dengan orang yang dia nak? Dan orang tu belum tentu dapat terima dia saat dia susah? Bagi aku pekara ni sangat tak masuk akal. Walaubagaimanapun, tak dinafikan memang ada orang yang macam ni.

Sebab? Aku sendiri pun sukar nak tahu. Adakah sebab kawannya tu berkelakuan buruk terhadap dia? Suka mengkhianat? Tidak. Aku tak rasa macam tu sama sekali. Pendapat jujur aku, orang yang tinggalkan kawannya sendiri tu adalah orang yang tiada pemikiran yang rasional. Bak kata orang, kawan biar beribu, berkasih biar satu. Tapi, dalam hal ni, lain pula yang jadi. Kasihnya masih satu, tapi kawan kawan yang lain dibiarkan.

Kalau ada yang tergolong dalam golongan ni, sila imbas kembali apa yang dah kawan kau buat selama ni. Dia banyak membantu kau tak? Dia terima kau masa susah kau tak? Dia pernah merendahkan kau depan orang lain tak? Kalau jawapan kau YA, tapi kau masih tak ubah perangai kau tu sikit, maka aku gelarkan kau sebagai insan yang tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Orang yang kononnya kau panggil kekasih tu, kau pastu ke dia boleh terima awak masa awak susah? Kau yakin ke dia boleh sentiasa bersama kau macam kawan baik kau tu? Boleh ke kau luah perasaan dekat dia apabila kau tengah sedih? Cuba letakkan diri kau di tempat kawan yang kau telah tinggalkan. Apa agaknya perasaan kau apabila kawan baik kau tinggalkan kau disebabkan orang yang digelar "buah hati'? Boleh kau maafkan kawan kau tu apabila dia datang merangkak balik kepada kau kelak? Memang sukar nak jawab soalan ni tapi kalau kau seorang yang berhati perut dan berperikemanusiaan, kau pasti dapat jawab tanpa ragu-ragu.




"Do not leave a person you need for a person you want"

Love,
Fiffy

Monday, August 19, 2013

Apakah yang dinamakan kebahagian dalam hubungan?

Assalamualaikum sang suria.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagian dalam sesuatu hubungan? Adakah apabila kedua pihak saling memuji kelebihan masing-masing? Atau mungkin apabila kedua mereka dapat membuktikan bahawa mereka tidak bersalah apabila tercetusnya konflik dan berdiri gagah dengan ego masing masing ?





Bagi aku kebahagiaan dalam sesuatu hubungan itu lahir apabila dua pihak saling memahami antara satu sama lain. Tidak kiralah hubungan dengan rakan-rakan atau sesiapa pun. Yang penting biarlah amalan bertoleransi dan memahami itu disemai di dalam diri. Sesungguhnya sebagai manusia kita adalah makhluk yang lemah. Apakah erti sesebuah hubungan jikalau sesebuah pihak hanya mampu memperlihatkan segala kelemahan orang lain semata mata bagi mengaburkan kelemahan diri sendiri ? Adakah berguna jika sesebuah pihak itu berusaha mendapatkan para pengikut sedangkan apa yang dilakukan olehnya ternyata salah dan tidak adil sama sekali ?

Patutkah seseorang itu mendukung dan menyokong sekiranya rakan/pasangan nya membuat sesuatu perkara yang salah? Seperti yang aku katakan memang persefahaman penting dalam sesebuah hubungan. Namun, aku tahu bahawa aku sama sekali tidak patut menyokong jika sesorang itu berbuat perkara-perkara yang layak untuk dihukum sama ada orang itu orang yang paling dekat denganku mahupun musuh ketatku sendiri.

Oleh itu, aku berusaha untuk memujuk hati ini dan berdoa kepada Allah agar Dia dapat menunjukkan kepadaku apa yang sepatutnya aku lakukan. Pada mulanya, aku memilih untuk berdiam diri dan beranggapan bahawa ia perkara yang kecil. Namun, aku tahu bahawa jalan tersebut bukanlah jalan yang terbaik. Aku sedar yang aku sendiri bukan insan yang sempurna. Aku ada banyak kelemahan dan aku tidak layak untuk Jannatul Firdaus milik Allah. Tetapi, aku ingin berusaha untuk membantu orang-orang disekeliling aku. Membantu mereka supaya dapat faham bahawa erti sesebuah hubungan yang baik bermula apabila dua pihak saling memahami namun, perkara yang buruk tidak harus disokong sebaliknya perlulah diubah.


Love,
Fiffy




Wednesday, August 7, 2013

Esok Raya !

Adehh.... Panasnya hari ni. Sepatutnya nak habis puasa ni la yang budak-budak excited kan? Tapi memang letih gila hari ni. Actually I'm updating my blog from Terengganu ni. Baru je sampai semalam. Bertolak pukul 4 pagi. Pergh memang penat sangat la !

So... it's official yang hari ni last puasa. Ayah aku pulak sibuk cakap tak payah nak beli makanan banyak sangat sebab esok dah tak payah sahur dah la apa la.. Tapi bagi aku, nak hari last ni la yang nak menikmati Ramadhan sepuas-puasnya..kan? Dah la bulan puasa setahun sekali je. Sesetengah makanan pun ada setahun sekali je. haha. So tak kira..kalau aku nak aku akan dapatkan jugak.

Tapi boring la sekarang ni. Memang la ada Internet and everything tapi still... tak tau kenapa still boring sangat derh. Maybe kalau ada lesen best sikit la kot boleh ronda-ronda. Hehe. Aku nak join cousin cousin aku main pun dah "melebihi had umur" Adik-adik aku kira untung jugak la. Takpe.. Aku dengan dunia aku sendiri. Macam biasa la. Kat rumah pun sama..Kat sekolah pun sama. 

So esok raya... tapi aku still tak "dapat" apa yang best sangat....(kot) entah la. Mood raya tu tak berapa nak datang lagi kot. Nak kata kawan, kawan pun takdak. Hanya aku dengan gajet-gajetku dengan my volleyball. (Alahai pasrahnya bunyi) Haha

Ok la. Dah penat sangat ni. Ingat nak melepak je la sampai pukul 5 kejap lagi baru pergi Bazaar Ramadhan ke apa. Oh ye, lupa nak cakap yang bazaar Ramadhan dekat Terengganu lagi BANYAK variety daripada yang dekat Penang. SERIOUSLY ! Nasi segala macam ada.. Coconut shake pun ada. hehe. Tapi yang tak boleh tahannya harga memang MAHAL GILA. Kalah juadah berbuka kat KL aku rasa. 

OK then. GTG. bye. Assalamualaikum

Thursday, August 1, 2013

I'm So Sorry

I'm so glad you made time to see me.
How's life? Tell me how's your family?
I haven't seen them in a while.
You've been good, busier than ever,
We small talk, work and the weather,
Your guard is up and I know why.
Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind.
You gave me roses and I left them there to die.

So this is me swallowing my pride,
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night,"
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you.
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I go back to December all the time.

These days I haven't been sleeping,
Staying up, playing back myself leavin'.
When your birthday passed and I didn't call.
And I think about summer, all the beautiful times,
I watched you laughing from the passenger side.
Realized that I loved you in the fall.

And then the cold came, the dark days when fear crept into my mind
You gave me all your love and all I gave you was "Goodbye".

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night."
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time.

I miss your tanned skin, your sweet smile,
So good to me, so right
And how you held me in your arms that September night –
The first time you ever saw me cry.

Maybe this is wishful thinking,
Probably mindless dreaming,
But if we loved again, I swear I'd love you right.

I'd go back in time and change it but I can't.
So if the chain is on your door I understand.

But this is me swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night."
And I go back to December...
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I'd go back to December, turn around and change my own mind

I go back to December all the time.
All the time.