Monday, August 19, 2013

Apakah yang dinamakan kebahagian dalam hubungan?

Assalamualaikum sang suria.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagian dalam sesuatu hubungan? Adakah apabila kedua pihak saling memuji kelebihan masing-masing? Atau mungkin apabila kedua mereka dapat membuktikan bahawa mereka tidak bersalah apabila tercetusnya konflik dan berdiri gagah dengan ego masing masing ?





Bagi aku kebahagiaan dalam sesuatu hubungan itu lahir apabila dua pihak saling memahami antara satu sama lain. Tidak kiralah hubungan dengan rakan-rakan atau sesiapa pun. Yang penting biarlah amalan bertoleransi dan memahami itu disemai di dalam diri. Sesungguhnya sebagai manusia kita adalah makhluk yang lemah. Apakah erti sesebuah hubungan jikalau sesebuah pihak hanya mampu memperlihatkan segala kelemahan orang lain semata mata bagi mengaburkan kelemahan diri sendiri ? Adakah berguna jika sesebuah pihak itu berusaha mendapatkan para pengikut sedangkan apa yang dilakukan olehnya ternyata salah dan tidak adil sama sekali ?

Patutkah seseorang itu mendukung dan menyokong sekiranya rakan/pasangan nya membuat sesuatu perkara yang salah? Seperti yang aku katakan memang persefahaman penting dalam sesebuah hubungan. Namun, aku tahu bahawa aku sama sekali tidak patut menyokong jika sesorang itu berbuat perkara-perkara yang layak untuk dihukum sama ada orang itu orang yang paling dekat denganku mahupun musuh ketatku sendiri.

Oleh itu, aku berusaha untuk memujuk hati ini dan berdoa kepada Allah agar Dia dapat menunjukkan kepadaku apa yang sepatutnya aku lakukan. Pada mulanya, aku memilih untuk berdiam diri dan beranggapan bahawa ia perkara yang kecil. Namun, aku tahu bahawa jalan tersebut bukanlah jalan yang terbaik. Aku sedar yang aku sendiri bukan insan yang sempurna. Aku ada banyak kelemahan dan aku tidak layak untuk Jannatul Firdaus milik Allah. Tetapi, aku ingin berusaha untuk membantu orang-orang disekeliling aku. Membantu mereka supaya dapat faham bahawa erti sesebuah hubungan yang baik bermula apabila dua pihak saling memahami namun, perkara yang buruk tidak harus disokong sebaliknya perlulah diubah.


Love,
Fiffy




3 comments:

  1. sabarlah kerana sabar itu separuh daripada Iman.. mungkin terdapat kebaikan atau kelebihan atas apa yang berlaku.. :)

    ReplyDelete