Sebab? Aku sendiri pun sukar nak tahu. Adakah sebab kawannya tu berkelakuan buruk terhadap dia? Suka mengkhianat? Tidak. Aku tak rasa macam tu sama sekali. Pendapat jujur aku, orang yang tinggalkan kawannya sendiri tu adalah orang yang tiada pemikiran yang rasional. Bak kata orang, kawan biar beribu, berkasih biar satu. Tapi, dalam hal ni, lain pula yang jadi. Kasihnya masih satu, tapi kawan kawan yang lain dibiarkan.
Kalau ada yang tergolong dalam golongan ni, sila imbas kembali apa yang dah kawan kau buat selama ni. Dia banyak membantu kau tak? Dia terima kau masa susah kau tak? Dia pernah merendahkan kau depan orang lain tak? Kalau jawapan kau YA, tapi kau masih tak ubah perangai kau tu sikit, maka aku gelarkan kau sebagai insan yang tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Orang yang kononnya kau panggil kekasih tu, kau pastu ke dia boleh terima awak masa awak susah? Kau yakin ke dia boleh sentiasa bersama kau macam kawan baik kau tu? Boleh ke kau luah perasaan dekat dia apabila kau tengah sedih? Cuba letakkan diri kau di tempat kawan yang kau telah tinggalkan. Apa agaknya perasaan kau apabila kawan baik kau tinggalkan kau disebabkan orang yang digelar "buah hati'? Boleh kau maafkan kawan kau tu apabila dia datang merangkak balik kepada kau kelak? Memang sukar nak jawab soalan ni tapi kalau kau seorang yang berhati perut dan berperikemanusiaan, kau pasti dapat jawab tanpa ragu-ragu.
"Do not leave a person you need for a person you want"
Love,
Fiffy
No comments:
Post a Comment